Posts

Showing posts from April, 2018

SIJIL PENGIKTIRAFAN

Image
SIJIL PENGIKTIRAFAN Mulai 2018, semua program sama ada bengkel atau kelas memanah yang dianjurkan oleh Kelab Memanah Darulaman , akan diberikan sijil kepada para peserta. Sijil yang dikeluarkan akan dimateri dengan mohor Kelab. Mohor kelab mengandungi NOMBOR PENDAFTARAN KELAB dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia . Hanya seorang sahaja AJK kelab yang memegang mohor ini. Pastikan anda mendapat sijil yang sah sahaja. Pastikan yang ori ! Pembelajaran yang ditawarkan oleh Kelab Memanah Darulaman 1. Bengkel Pengenalan Memanah Tradisional. 2. Kelas Memanah Tradisional Tahap 1 3. Kelas Memanah Tradisional Tahap 2 Customised bengkel boleh dibuat atas permintaan pelanggan. Hubungi kami 010 527 9994 - Coach Faiz (unit latihan) 017 586 5992 - Coach Zahir (Jitra) 013 359 5081 - Coach Rubaie (Alor Setar) 013 474 0491 - Coach Shafini (Sik) 013 596 8374 - Coach Aniza (Baling) Coach Wanita DAC - Coach Aniza dan Coach Saniyah

Ranking pemanah DAC V2.0 2018

Image
Assalamualaikum. Ranking pemanah DAC sudah dikemaskini. Ahli dac boleh menyemak kedudukan terkini . Mata terkumpul dikira selepas dua pertandingan iaitu DAC indoor dan DAC Challenge 1.  Akan ada dua lagi pertandingan untuk pengiraan ranking ini. Mana-mana ahli yang belum menjelaskan yuran tahunan akan dikeluarkan daripada ranking.  Terima kasih.
Image
Assalamualaikum wbt. Saya mewakili Kelab Memanah Darulaman mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir, menyertai dan menjayakan Pertandingan Memanah Tradisional "DAC Challenge 1". Sukacita dimaklumkan, seramai 146 peserta dari 4 daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Sik dan Baling telag menyertai pertandingan ini. Ini merupakan rekod baru yang dipecahkan dan saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas kerja keras dan kepimpinan Unit Pertandingan DAC yang diketuai oleh Encik Muhammad Rubaie . Moga kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada 1. Pengarah dan pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. 2. Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Baling/Sik. 3. Sekolah-sekolah yang menyertai daripada sekolah kementerian dan sekolah yang berdaftar dengan JHEAIK. 4. Barisan AJK kelab 5. Guru guru pengiring yang setia menunggu sehingga tam