Profail & Organisasi
Profail
PENDAHULUAN
Kelab Memanah Darulaman
ditubuhkan pada 21 September 2015 dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan
nombor pendaftaran 2850/2015. Kelab Memanah Darulaman merupakan kelab sukan
memanah yang memfokuskan seluruh usaha dan tenaga kepada sistem MEMANAH TRADISIONAL.
Kelab ini bergerak secara
sukarela di Negeri Kedah dalam menyebarluaskan Memanah Tradisional kepada
rakyat negeri Kedah. Setakat ini, Kelab mempunyai empat pusat latihan awam
iaitu di Jitra, Alor Setar, Sik dan Baling. Jumlah keahlian semasa kelab adalah
seramai 308 orang.
PEMANAH YANG MEMULAKANNYA.
Memanah Tradisional dimulakan oleh dua insan
yang banyak mengorbankan masa, tenaga dan keringat bagi membolehkan semua
lapisan masyarakat mempelajarinya. Pada tahun 1999, Tuan Guru Zaharudin Rastam
bin Yeop Mahidin atau lebih dikenali sebagai Pak Din membawa pulang ilmu
memanah tradisional dari Amerika Syarikat dan mula mengajar kepada orang ramai.
Kemudian, Tuan Guru Sheikh Fuad bin Sheikh Mahmud pula mula megembangkan ilmu
ini secara meluas sejak 2007.
Tahun 2011, En Mohamad Faiz bin Kasim mula
menyertai kelas memanah tradisional anjuran Tuan Guru Sheikh Fuad dan terus
belajar sehingga sekarang. Sekitar penghujung tahun 2012, Tuan Guru Sheikh Fuad
mengamanah kepada En Mohamad Faiz supaya membuka kelas dan menyebarkan ilmu
memanah tradisional di Negeri Kedah. Kelas pertama dimulakan di Kem D'Tepus,
Jitra yang disertai oleh antaranya En Nursirazzudin yang kini merupakan pemanah
berkuda di negeri Kedah. Beliau juga dijemput ke sekolah-sekolah dan jabatan
kerajaan dalam memperkenalkan sukan tradisi ini. Pertemuan dengan En Muhammed
Sobri di kelas Memanah Bekuda Pakdin membuahkan kerjasama yang erat bagi
menyebarkan sukan ini di Kedah Selatan.
Tahun demi tahun, makin ramai yang meyertai
kelas memanah tradisional ini. Dari tahun 2014 hingga pertengahan 2015, nama
nama seperti Muhammad Zahir, Muhammad Zaki, Muhammad Firdaus, Ustaz Firdaus,
Nasruddin Nasir, Burhanuddin Abdullah, Muhammad Shauqi, Muhammad Hafifi dan
Muhammad Rubaie mula berlatih di tempat baru iaitu di Darulaman Height. Setelah
menyertai beberapa pertandingan, nama-nama ini mula memikirkan penubuhan satu
kelab yang difikirkan perlu bagi memudahkan penyertaan pertandingan di
mana-mana.
Maka pada 21 September 2015, KELAB MEMANAH
DARULAMAN diluluskan penubuhannya oleh Pesuruhjaya Sukan. Kelab mula bergerak
aktif pembukaan kelas-kelas awam dan kelas latihan di sekolah-sekolah.
Ahli Jawatankuasa Kelab sesi 2018-2020
1. En Mohamad Faiz
bin Kasim ‐ Presiden
2. En.
Muhammad Rubaie bin Abd Rahaim ‐
Timbalan Presiden
3. En Ahmad Shafiq bin Majib
‐ Setiausaha
4. Pn Nur Saniyah bt
Hamdi ‐ Bendahari
5. En.
Muhammad Zahir
bin Abd
Rahman ‐
AJK
6. En
Muhammad Shauqi bin Hasan ‐ AJK
7. En
Muhammad Naim
bin Anuar ‐ AJK
8. En
Burhanuddin Abdullah ‐
Juru
Audit
9. En Syed Zharif Qawiem Shahabudin ‐
Juru
Audit
Comments
Post a Comment