PERTANDINGAN SEKOLAH 2019
PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL TERBUKA SEKOLAH-SEKOLAH KEDAH KALI KE-2
2019
2019
Pendaftaran Telah DIBUKA !!!
klik link dibawah untuk mendaftar
Borang Pendaftaran Online
TARIKH PERTANDINGAN : 13 APRIL 2019 (HARI SABTU)
Tuan Rumah : Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam
Syarat dan Peraturan, sila download di sini
https://drive.google.com/file/d/1sJqKiCsQU_r5EWyQbI2eox1f6Csdctpm/view?usp=sharing
klik link dibawah untuk mendaftar
Borang Pendaftaran Online
TARIKH PERTANDINGAN : 13 APRIL 2019 (HARI SABTU)
Tuan Rumah : Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam
Syarat dan Peraturan, sila download di sini
https://drive.google.com/file/d/1sJqKiCsQU_r5EWyQbI2eox1f6Csdctpm/view?usp=sharing
SYARAT PERTANDINGAN
1. KATEGORI & KELAYAKAN PELAJAR
1.1. Pertandingan ini terbahagi kepada empat kategori iaitu :-
· Kategori Sekolah Menengah Lelaki (SML).
· Kategori Sekolah Menengah Perempuan (SMP).
· Kategori Sekolah Rendah Lelaki (SRL).
· Kategori Sekolah Rendah Perempuan (SRP).
1.2. Had umur bagi Kategori Sekolah Menengah adalah 13 hingga 18 tahun.
1.3. Had umur bagi Kategori Sekolah Rendah adalah 10 hingga 12 tahun.
1.4. Perkiraan umur adalah dengan mengira tahun semasa pertandingan ditolak dengan tahun lahir peserta.
1.5. Peserta Lelaki dan Perempuan akan bertanding di dalam kumpulan yang berasingan.
1.6. Semua pelajar sekolah dari Negeri Kedah yang tahu mengendalikan busur tradisional dan anak panah dengan selamat adalah layak menyertai pertandingan.
1.7. Ini termasuklah pelajar dari sekolah persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah atau mana-mana pihak yang berautoriti.
1.8. Setiap pelajar diwajibkan mempunyai surat kebenaran daripada waris.
1.9. Urusan dokumentasi dan pengurusan membawa keluar pelajar hendaklah dibawah tangunggjawab Pegawai Pasukan/Guru Pengiring.
2. FORMAT PERTANDINGAN
2.1. Setiap peserta dikehendaki untuk memanah sebanyak 36 anak panah x 2 pusingan. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 72 anak panah.
2.2. Pusingan Pertama akan dikenali sebagai Acara Statik terdiri daripada :-
· 6 anak panah x 6 End.
· Setiap End diberi masa 1 minit.
· Jarak adalah 20 meter (Sekolah Rendah) dan 30 meter (Sekolah Menengah).
· Menggunakan muka sasaran jenis Selekta.
2.3. Pusingan Kedua akan dikenali sebagai Acara Dinamik terdiri daripada :-
· 6 anak panah x 3 end memanah sambil berlutut (kneeling). Masa 1 minit.
· 6 anak panah x 3 end memanah pantas. Masa 30 saat.
· Jarak dirahsiakan daripada pengetahuan peserta (Unknown distance).
· Menggunakan muka sasaran Jenis 2D Rusa.
PERATURAN PERTANDINGAN
1. PERALATAN PESERTA - BUSUR
1.1. Hanya busur tradisional sahaja dibenarkan. Busur tersebut mesti mempunyai bahagian-bahagian asas yang sesuai ditakrifkan sebagai busur iaitu pemegang (grip), limb, bow nock (tempat letak tali pada hujung bow), dan tali (string). Busur tersebut mesti menggunakan bahan alam semulajadi, bahan sintetik atau campuran kedua-duanya. Tiada sebarang bahan logam dibenarkan di mana-mana bahagian busur.
1.2. Arrow rest, sight, stabilizer dan/atau sebarang alatan seumpamanya yang membantu bidikan dan kestabilan tidak dibenarkan.
1.3. Busur tersebut mestilah bebas daripada apa-apa penanda yang boleh membantu bidikan semasa memanah.
1.4. Hanya satu sahaja nock point pada tali busur dibenarkan. ‘Serving’ pada tali mestilah tidak membantu peserta membuat bidikan.
1.5. Busur yang digunakan hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Peserta akan bertanggungjawab keatas apa-apa kemalangan keatas peserta atau orang sekeliling.
1.6. Anak panah hendaklah menyentuh secara langsung jari peserta. Tiada arrow rest dan window/shelf dibenar untuk diguna pakai bagi meletakkan anak panah.
1.7. Busur yang digunakan hendaklah lulus pemeriksaan peralatan semasa pendaftaran.
1.8. Pengecualian diberikan kepada kategori SEKOLAH RENDAH iaitu menggunakan busur yang mempunyai bahagian window/shelf tetapi mesti dalam rekabentuk tradisional adalah dibenarkan. Definisi window/shelf adalah tempat di mana anak panah boleh diletakkan tetapi ia tidak berupaya untuk menyokong kedudukan anak panah.
1.9. Sebarang pelekat, tanda nama & sebagainya hendaklah diletakkan di bahagian belly.
2. PERALATAN PESERTA - ANAK PANAH
2.1. Untuk semua kategori, dibenarkan untuk menggunakan anak panah daripada apa sahaja bahan kecuali plastik.
2.2. Diameter anak panah yang digunakan hendaklah tidak melebihi 9.3 mm dan diameter mata anak panah tidak melebihi 9.4 mm.
2.3. Setiap anak panah yang digunakan hendaklah seragam setiap satunya.
2.4. Semua anak panah mestilah mempunyai nama atau tanda pengenalan individu pada anak panah masing-masing.
2.5. Dibenarkan menggunakan nock dari bahan plastik, bahan alami ataupun selfnock.
2.6. Hanya mata anak panah jenis bullet sahaja dibenarkan. Mata anak panah jenis broad head dan field tidak dibenarkan.
2.7. Semua anak panah mestilah berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Peserta adalah bertanggungjawab keatas sebarang kerosakan dan kemalangan yang melibatkan anak panah sendiri.
2.8. Anak panah mestilah bebas daripada sebarang penanda yang boleh membantu bidikan dan membantu tarikan semasa memanah.
2.9. Anak panah yang digunakan hendaklah lulus pemeriksaan peralatan semasa pendaftaran.
3. PERALATAN PESERTA YANG LAIN
3.1. Peserta dibenarkan untuk memakai tarkas (quiver), pelindung lengan, pelindung jari atau pelindung/cincin ibu jari.
3.2. Binokular, teropong dan apa-apa alat elektronik dan visual untuk melihat anak panah di papan sasaran dibenarkan dengan syarat tiada fungsi untuk menentukan jarak dan membantu bidikan.
3.3. Kaca mata dan kaca mata hitam dibenarkan pakai dengan syarat tiada fungsi untuk membantu bidikan.
3.4. Tidak dibenarkan sebarang alat elektrik dan elektronik dibenarkan pasang pada busur dan bertujuan untuk komunikasi peserta.
4. ARAHAN DI ARENA PERTANDINGAN
4.1. Peserta hendaklah mengikuti semua peraturan dan arahan daripada pegawai pertandingan iaitu D.o.S., C.o.J. dan Hakim.
4.2. Semua peserta tidak dibenarkan memasuki kawasan pertandingan / garisan memanah tanpa kebenaran / keizinan daripada D.O.S..
4.3. Setiap peserta yang mengambil bahagian akan memanah bilangan anak panah, masa dan pusingan seperti di Syarat Pertandingan melainkan dinyatakan berbeza.
4.4. D.o.S. akan meniupkan wisel sebagai tanda mula memanah dan berhenti memanah. Jika terjadi sebarang masalah, tunggu arahan seterusnya daripada D.o.S..
4.5. Had masa untuk memanah setiap End diberikan sama rata.
· Peserta yang melepaskan anak panah sebelum wisel diberikan atau selepas wisel tamat berbunyi, akan kehilangan mata tertinggi bagi End tersebut yakni mata tertinggi tersebut ditukar kepada Miss.
· Di dalam kes kerosakan busur atau kecederaan, masa tambahan yang munasabah untuk menukar peralatan atau pegawai perubatan memeriksa Peserta tersebut, akan diberikan untuk sambung memanah pada End tersebut.
· Peserta yang mengalami kerosakan busur perlu berundur dari garisan memanah dan memanggil hakim dengan cara angkat tangan.
4.6. Peserta tidak dibenarkan untuk melakukan teknik ‘Sky draw’, teknik ‘Side draw’ dan/atau “not in sequence act” semasa sedang memanah sebagai langkah pencegahan bagi memastikan anak panah tidak terlepas jauh daripada zon penampan atau membahayakan orang lain.
4.7. Peserta tidak dibenarkan mengangkat bow arm sebelum wisel mula dibunyikan.
4.8. Anak panah boleh dipanah semula jika :-
· Anak panah tersebut terjatuh atau terlepas daripada busur dalam jangkauan 3 meter dari garisan memanah, peserta tersebut boleh mengutip semula jika keadaan mengizinkan dan memanah anak panah tersebut.
· Papan sasaran dan kaki tumbang atau mengalami kerosakan. D.O.S. akan memberikan masa yang munasabah untuk sambung memanah semula.
4.9. Peserta atau pelawat tidak dibenarkan untuk menyentuh peralatan peserta-peserta lain tanpa keizinan pemiliknya. Sebarang kerosakan adalah tanggungjawab pelaku tersebut.
4.10. Tidak dibenarkan merokok termasuk rokok elektronik di arena pertandingan dan kawasan menunggu.
4.11. Tiada peserta di benarkan menarik tali busur sama ada dengan anak panah atau tanpa anak panah, di mana mana kawasan pertandingan kecuali garisan memanah.
4.12. Semasa berada di garisan memanah, peserta dilarang untuk menarik tali busur sehinggalah wisel untuk memulakan panahan diberikan.
4.13. Peserta yang gagal menghadirkan diri di garisan memanah atau tanpa pengetahuan D.o.S. semasa dipanggil tidak dibenarkan untuk mengulangi End tersebut.
4.14. Peserta tidak dibenarkan untuk menukar kedudukan lorong memanah, giliran memanah, kumpulan memanah dan nombor pendaftaran tanpa pengetahuan D.o.S. Jika berlaku seperti itu, markah penuh peserta akan ditolak sebanyak 10 markah.
4.15. Sebarang cara memanah dinamik seperti melompat, berguling atau sebarang teknik memanah yang merbahaya adalah dilarang demi keselamatan sekeliling.
4.16. Jika sesi memanah tersebut terhenti atas sebab di luar kawalan manusia maka :-
· D.o.S. akan memaklumkan kepada Jawatankuasa Penganjur mengenai perkara tersebut dan bersama-sama C.o.J., Jawatankuasa akan membuat keputusan terbaik dan memaklumkan kepada peserta dan pegawai pasukan mengenai keputusan yang diambil.
· Keputusan Jawatankuasa Penganjur dalam hal ini adalah muktamad.
4.17. Semasa menunggu giliran memanah, tiada siapa dibenarkan untuk melakukan latihan memanah dimana-mana kawasan sebagai langkah keselamatan.
5. PERATURAN KESELAMATAN UMUM
5.1. Peserta, jurulatih, pegawai pasukan atau pelawat tidak dibenarkan bergurau senda, berlari-larian atau melakukan aksi yang boleh mengundang bahaya kepada orang-orang disekitarnya.
5.2. Peserta dan pelawat dikehendaki mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan menunjukkan tingkah laku yang baik sepanjang berada di kawasan pertandingan.
5.3. Peserta dikehendaki memastikan keselamatan peralatan, barangan peribadi dan sekitar sepanjang pertandingan berlangsung.
5.4. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab kepada sebarang kecederaan, kehilangan atau kemalangan yang terjadi ketika berlaku pelanggaran sebarang peraturan atau arahan yang telah ditetapkan. Pegawai keselamatan dan pegawai perubatan disediakan jika ada sebarang masalah.
5.5. Peraturan umum lain akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Penganjur.
6. LATIHAN RASMI
6.1. Sesi latihan rasmi akan diberikan oleh penganjur sebelum bermulanya acara sebenar.
6.2. Jumlah End latihan rasmi yang diberikan adalah mengikut budi bicara D.o.S.
7. PEMARKAHAN
7.1. Hanya Peserta, Pencatat markah, dan Hakim sahaja dibenarkan berada di papan sasaran ketika proses mengambil markah.
7.2. Peserta yang berada di lorong berlainan, tidak dibenarkan masuk dan berada di lorong dan papan sasaran yang lain ketika proses mengambil markah.
7.3. Peserta hendaklah melengkapkan semua informasi pada borang pemarkahan. Pencatat markah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keciciran informasi.
7.4. Peserta boleh menjadi pencatat markah jika terdapat lebih dari seorang peserta pada papan sasaran. Tiga orang atlit akan melantik seorang pencatat markah dan bergilir jika perlu.
7.5. Peserta hendaklah memastikan semua markah bagi setiap anak panah direkodkan oleh pencatat markah pada borang markah sebelum menarik keluar anak panah dari papan sasaran.
7.6. Jika terdapat sebarang soalan dan pertikaian mengenai nilai markah, peserta hendaklah mengangkat tangan dan memanggil hakim.
7.7. Kaedah penentuan dan pemberian nilai markah bagi setiap anak panah :-
· Nilai yang boleh dicatatkan di dalam borang markah adalah 1, 2, 3, 4, 5, X dan Miss (M) sahaja.
· Anak panah melekat pada zon muka sasaran, diberikan markah mengikut zon markah yang berkenaan.
· Anak panah melekat pada garisan pembahagi zon markah, markah yang nilai lebih besar akan diberikan.
· Anak panah patah dan melekat, markah diberikan mengikut zon markah yang melekat.
· Anak panah yang dipanah dan melekat pada sasaran setelah tamat masa, markah Miss dan mata tertinggi End tersebut di tolak.
· Anak panah tidak kena pada sasaran atau terkeluar target face atau melantun/tidak melekat, markah Miss.
· Jika peserta terlepas anak panah ketika sedang pasang, dan anak panah itu tidak melebihi 3 meter, peserta boleh kutip dan memanah anak panah yang sama. Jika melepas melebihi 3 meter, anak panah itu dikira Miss.
· Anak panah berlaku situasi “robin hood”, nilai markah anak panah di depan diberikan untuk anak panah belakang.
· Anak panah yang menembusi target butt, jika Hakim berpuas hati terhadap tandaan pada lubang, akan diberikan markah. Jika tiada, markah terendah peserta pada End tersebut akan diberikan.
· Jika didapati anak panah yang melekat melebihi bilangan bilah yang dibenarkan, hanya 6 anak panah markah terendah akan direkodkan. Atlit yang mengulangi kesalahan ini akan disingkirkan daripada pertandingan.
· Anak panah yang melekat di papan sasaran tetapi tenggelam, hanya boleh diberikan markah oleh Hakim.
· Anak panah yang melekat di papan sasaran peserta lain akan diberi Miss.
7.8. Peserta dikehendaki menurunkan tanda tangan pada borang markah bagi mengesahkan markah yang diperolehi selepas selesai pusingan memanah bagi acara tersebut.
7.9. Jika pencatat markah adalah atlit sendiri, peserta lain di papan sasaran yang sama akan menurunkan tandatangan sebagai pencatat markah bagi peserta itu tadi.
7.10. Jika seseorang Peserta itu didapati menipu dan memanipulasi markah, penyertaannya akan dibatalkan daripada pertandingan dan tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan pada siri akan datang.
7.11. D.o.S. memastikan tiada anak panah yang melekat di papan sasaran sebelum memulakan End yang berikutnya.
7.12. Jawatankuasa Pertandingan & Pemarkahan berhak untuk menolak borang markah yang tidak lengkap dan tidak ditandatangan.
· Setelah peserta menandatangani borang markah, nilai di dalam borang markah adalah muktamad dan tidak boleh diubah.
· Sebarang kesalahan dan pembetulan hendaklah dilakukan oleh peserta sendiri sebelum menandatangan dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan & Pemarkahan.
· Pembetulan selepas manandatangai dan menyerahkan kepada jawatankuasa adalah tidak dilayan.
7.13. Jika berlakunya markah seri,turutan berikut hendaklah dipatuhi :-
· Nilai markah X yang lebih banyak.
· Nilai markah 5 yang lebih banyak.
· Shoot-out sebanyak 1 batang anak panah. Mata tertinggi dikira pemenang.
· Jarak anak panah dengan titik tengah.
8. PERATURAN PAKAIAN
8.1. Peserta dikehendaki memakai pakaian pahlawan tradisional yang melambangkan kebudayaan Negara Malaysia.
8.2. Pakaian sukan dibenarkan dengan pemakaian yang beradab. Seluar pendek, singlet, pakaian yang menjolok mata dan seumpamanya tidak dibenarkan.
8.3. Pakaian peserta bagi pasukan yang sama hendaklah seragam setiap satunya.
8.4. Sebarang aksesori pada pakaian hendaklah tidak mendatangkan kecederaan kepada peserta dan orang sekitarnya.
8.5. Tidak dibenarkan memakai selipar atau sandal atau capal semasa tempoh memanah.
8.6. Semua Peserta DIWAJIBKAN memakai KASUT BERTUTUP. Kegagalan memakai kasut akan menyebabkan peserta dihalang daripada memasuki garisan memanah sehinggalah pembetulan dilakukan.
9. SOALAN DAN BANTAHAN
9.1. Peserta pada papan sasaran boleh memanggil Hakim dengan cara mengangkat tangan jika ada sebarang kemusyiklan terhadap nilai markah yang perlu diberi pada anak panah yang meragukan. Keputusan hakim terhadap pemberian markah adalah muktamad.
9.2. Peserta atau Pegawai Pasukan boleh menyatakan bantahan terhadap senarai markah penuh yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pertandingan & Pemarkahan jika hanya didapati jawatankuasa tersilap memasukkan nilai markah anak panah berbeza daripada markah yang dicatatkan di dalam borang markah. Tempoh bantahan adalah 15 minit dari masa yang dikeluarkan.
10. PEGAWAI PASUKAN
10.1. Pegawai Pasukan terdiri daripada individu yang bertanggungjawab menguruskan pasukan peserta yang hadir bertanding.
10.2. Boleh terdiri daripada Guru Penasihat, Ibu Bapa atau Jurulatih.
10.3. Pegawai Pasukan yang berdaftar di dalam borang pendaftaran bertanggungjawab :-
· Menyerahkan borang dan yuran penyertaan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
· Membuat pendaftaran di meja pendaftaran yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
· Menemani peserta untuk membuat pemeriksaan peralatan.
· Berhubung dengan Jawatankuasa Penganjur, Hakim dan Jawatankuasa Rayuan berkaitan dengan pertandingan.
· Bersedia untuk dipanggil oleh Hakim jika berlaku pelanggaran peraturan peserta jagaan masing-masing.
10.4. Pegawai Pasukan tidak dibenarkan berada di garisan memanah dan garisan menunggu. Sebaliknya dikehendaki berada di kawasan yang dikhaskan kepada pegawai pasukan.
11. AKIBAT MELANGGAR PERATURAN
11.1. Amaran kali pertama (kad kuning).
· Menarik tali busur, dengan atau tanpa anak panah, selain di garisan memanah. Lihat Fasal 4.11.
· Mengangkat bow arm sebelum wisel dibunyikan. Lihat Fasal 4.7.
· Peserta memanah anak panah melebihi daripada syarat yang dibenarkan. Lihat Fasal 7.8.
· Peserta didapati menggunakan teknik yang berbahaya. Lihat Fasal 4.6 & Fasal 4.15.
· Peserta yang tingkahlakunya didapati oleh Hakim tidak menunjukkan sikap ahli sukan/sportsmanship, bertindak kasar kepada pegawai kejohanan, mengeluarkan kata-kata kesat dan perbuatan yang sama erti dengannya.
· Peserta didapati menggangu peserta lain dalam apa jua bentuk, fizikal atau lisan, ketika memanah atau tidak.
· Peserta didapati mencabut anak panah peserta lain.
11.2. Disingkirkan daripada pertandingan kerana amaran kedua (kad kuning kedua) atau kesalahan berat (kad merah).
· Peserta yang didapati telah diberikan amaran pertama seperti di Fasal 11.1, mengulanginya lagi sekali, akan disingkirkan daripada pertandingan.
· Peserta melanggar peraturan peralatan memanah yang dibenarkan setelah diminta melakukan pembetulan semasa pemeriksaan peralatan. Lihat Fasal 1, Fasal 2, & Fasal 3.
· Didapati menipu dan memanipulasi markah. Lihat Fasal 7.11.
· Didapati merokok termasuk rokok eletronik. Lihat Fasal 4.10.
11.3. Dihalang daripada meneruskan memanah dan/atau memasuki garisan memanah melainkan pembetulan sudah dibuat.
· Tidak memakai kasut bertutup. Lihat Fasal 8.6.
· Tidak menggunakan anak panah yang seragam dan mempunyai tanda nama. Lihat Fasal 2.3.
· Mereka yang dihalang tidak dibenarkan mengulangi End tersebut jika terlepas.
11.4. Hanya Chief of Judge dan Director of Shooting merupakan pegawai pertandingan yang diberi kuasa untuk, menghalang peserta daripada meneruskan pertandingan dan/atau memberi amaran pertama dan/atau menyingkirkan daripada pertandingan, mana-mana peserta yang didapati melanggar mana-mana peruntukan dalam syarat dan peraturan di atas setelah mereka berpuas hati peserta didapati berbuat demikian sehingga layak dikenakan tindakan tersebut.
11.5. Peserta juga boleh dipotong markah jika melanggar beberapa peraturan di dalam buku ini. Lihat Fasal 4.5 & Fasal 4.14.
12. RAYUAN
12.1. Pegawai Pasukan boleh membuat rayuan apabila tidak berpuas hati terhadap keputusan yang dijatuhkan oleh D.o.S. atau C.o.J. pada Fasal 11.2.
12.2. Sebarang rayuan terhadap keputusan hakim hendaklah dibuat secara bertulis 15 minit sebelum berakhirnya pusingan tersebut.
12.3. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad.
12.4. Sebarang rayuan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja).
12.5. Wang rayuan tidak dikembalikan.
12.6. Keputusan rayuan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Pegawai Pasukan perayu.
13. PEMERIKSAAN PERALATAN
13.1. Setiap peserta diwajibkan membuat pemeriksaan alatan dengan pihak Jawatankuasa Kehakiman sebelum bermulanya pertandingan.
13.2. Semua peralatan yang digunakan hendaklah diperiksa termasuk busur dan anak panah tambahan yang akan digunakan jika peralatan utama mengalami kerosakan.
13.3. Hakim boleh meminta peserta untuk mengubahsuai atau menukar peralatan jika didapati melanggar peraturan mengenai peralatan memanah seperti mana Fasal 1, Fasal 2, dan Fasal 3.
Disediakan oleh:
Panel Kehakiman, Unit Pertandingan, Kelab Memanah Darulaman (PJS 7850/2015)
Kalau bayar masa kat pertandingan tu Boleh tak.
ReplyDelete