Assalamualaikum wbt.

Saya mewakili Kelab Memanah Darulaman mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir, menyertai dan menjayakan Pertandingan Memanah Tradisional "DAC Challenge 1".

Sukacita dimaklumkan, seramai 146 peserta dari 4 daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Sik dan Baling telag menyertai pertandingan ini. Ini merupakan rekod baru yang dipecahkan dan saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas kerja keras dan kepimpinan Unit Pertandingan DAC yang diketuai oleh Encik Muhammad Rubaie . Moga kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada
1. Pengarah dan pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
2. Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Baling/Sik.
3. Sekolah-sekolah yang menyertai daripada sekolah kementerian dan sekolah yang berdaftar dengan JHEAIK.
4. Barisan AJK kelab
5. Guru guru pengiring yang setia menunggu sehingga tamat.
6. Ibu bapa yang menemani anak2 dan memberi kata semangat kepada anak-anak.
7. Ahli ahli DAC yang sudi membantu sepanjang perjalanan pertandingan.
8. Peserta-peserta yang di bawah naungan DAC yg sudi menyertai DAC C1.

Kami juga melahirkan rasa terima kaish kepada penaja-penaja yang sudi menaja hadiah pada pertandingan kali ini iaitu
1. Kak Ton Almunawarah yg sudi menaja hamper.
2. Burhanuddin Abdullah yg sudi menaja hadiah
3. Faizal Abdul Wahab yg sudi menaja hadiah
4. Muhammad Shauqi Pakcik Jitra yg sudi menaja hadiah
5. Mr Toh Song Ang yang sudi menaja hadiah.
6. Individu-individu yang enggan dikenali seramai dua orang yg sudi menaja hadiah,

terima kasih di atas kesudian menaja hadiah kepada pemeneng-pemenang DAC Challenge 1.

Kami memohon maaf jika ada yang terkurang. Mohon halalkan dan kita berjumpa lagi di DAC Challenge 2. Terima kasih.


Presiden, 
Kelab Memanah Darulaman.


Comments

Popular posts from this blog

ADAB, ETIKA DAN KESELAMATAN DI TEMPAT...

SEBAHAGIAN PERKARA ASAS PEMANAH THUMB KENA TAHU

SIJIL PENGIKTIRAFAN