Ditulis Oleh Ketua Jurulatih Kelab Memanah Darulaman Encik Mohamad Faiz bin Kasim SEBAHAGIAN PERKARA ASAS PEMANAH THUMB KENA TAHU Berikut perkara asas pemanah yang menggunakan kaedah ibujari, pemanah perlu tahu supaya menghasilkan panahan yang bagus, grouping dan berlatih sehingga menjadi second nature (kebiasaan setiap kali memanah). 1. 4 tempat perlu kuat dan kemas. Iaitu grasp busur, thumb lock, keyakinan dn kestabilan pada bahu dan tangan kiri. 2. 3 tempat perlu tenang. Iaitu jari telunjuk tangan tarik busur, ibu jari dan jari telunjuk bowhand, dan pada anak panah ketika tarik bow. 3. 4 tempat perlu tidak bergerak (motionless & unfaltering). Iaitu kepala dan leher, jantung dan kaki (ketika stand). 4. 5 tempat/perkara perlu lurus. Iaitu siku bowhand, mata arrow, nock pada arrow, postur badan dan membenrtuk satu garis lurus pada sasaran. Semoga rajin berlatih dan moga bermanfaat. Unit Latihan DAC
Comments
Post a Comment