Dinamik Terbuka Kedah 2019
PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL DINAMIK
TERBUKA KEDAH 2019
Pendaftaran telah dibuka!!
TERBUKA KEDAH 2019
Pendaftaran telah dibuka!!
SYARAT DAN PERATURAN
1. KATEGORI & YURAN PENYERTAAN
Kategori Umur Yuran
Senior Lelaki 18 tahun ke atas RM 40.00 seorang
Senior Wanita 18 tahun ke atas RM 40.00 seorang
Junior Lelaki 10– 17 Tahun RM 35.00 seorang
Junior Perempuan 10– 17 Tahun RM 35.00 seorang
2. PESERTA
2.1 Peserta adalah terbuka kepada semua pemanah tradisional Kedah dan Seluruh Malaysia.
2.2 Jumlah penyertaan dihadkan kepada 200 orang sahaja. Pendaftaran menggunakan konsep siapa cepat dia dapat.
2.3 Peserta hendaklah sihat tubuh badan dan boleh memanah dengan baik dan selamat.
3. YURAN
3.1 Yuran tidak dikembalikan jika menarik diri selepas tarikh tutup pendaftaran iaitu 15.1.2019.
3.2 Peserta tidak dibenarkan menuntut sijil jika tidak hadir pertandingan walaupun telah bayar.
4. BUSUR & ANAK PANAH
4.1 Busur Tradisional sahaja tanpa arrow rest/window. Rolan snake dikecualikan.
4.2 Jika busur patah/rosak, peserta dibenarkan menukar busur baru pada masa yang ditetapkan dengan kebenaran hakim.
4.3 Pengunaan anak panah adalah bebas. Point adalah jenis field dan bullet sahaja dibenarkan.
4.4 Jumlah yang digunakan adalah tiga (3) anak panah sahaja mengikut checkpoint masing-masing.
Hanya sembilan (9) batang anak panah sahaja dibenarkan berada dalam quiver.
4.5 Penganjur tidak bertangggungjawab ke atas kehilangan, kerosakan, dan kecelakaan yang berlaku pada anak panah, busur atau peralatan peserta yang lain.
5. PAKAIAN
5.1 Pakaian yang bersesuaian untuk bergerak di kawasan hutan.
5.2 Selesa dan menutup aurat.
5.3 Semua peserta WAJIB memakai kasut yang bertutup.
5.4 Pakaian celoreng keselamatan tidak dibenarkan sama sekali kecuali perserta adalah anggota keselamatan.
5.5 Pakaian tradisional digalakkan tetapi haruslah tidak membataskan pengerakkan.
5.6 Capal/sandal/selipar tidak dibenarkan.
5.7 Tidak tidak dibenarkan memakai pakaian yang mempunyai tulisan/gambar yang melambangkan pengerakan subversif, ancaman keselematan, lucah, carutan, sensitif agama, pengerakan politik rasis, dan condong kepada kesalahan seksual dan lain-lain yang bersifat negatif.
6. KAEDAH PERTANDINGAN
6.1 Setiap checkpoint mempunyai 5 jenis markah iaitu 5, 8, 10, X dan M melainkan dinyatakan. Markah dikira pada anak panah yang melekat di sasaran sahaja.
6.2 Setiap checkpoint mempunyai penerangan mengenai cara memanah dan pengiraan markah. Peserta dinasihatkan membaca dan memahami terlebih dahulu sebelum membuat panahan.
6.3 Setiap checkpoint mempunyai kayu penanda (shooting stick/peg). Salah satu kaki hendaklah menyentuh kayu penanda ketika membuat panahan.
6.4 Satu kayu penanda (shooting stick/peg) hanya dibenarkan untuk seorang pemanah dalam satu masa.
6.5 Peserta akan bergerak dalam kumpulan masing-masing. Pembentukan kumpulan akan diuruskan oleh pihak penganjur.
6.6 Turutan giliran memanah setiap peserta di dalam kumpulan pula hendaklah mengikut pembahagian yang dibuat oleh penganjur.
6.7 Peserta akan ke checkpoint permulaan yang nombornya adalah sama dengan
nombor kumpulan masing-masing. Cth, kumpulan 1 ke checkpoint 1.
6.8 Setiap checkpoint terletak mengikut Zon masing-masing iaitu :-
Checkpoint 1 hingga 6, Zon Classical
Checkpoint 7 hingga 13, Zon Taktikal
Checkpoint 14 hingga 20, Zon Hunting.
Setelah selesai checkpoint permulaan, (contohnya kumpulan 4 bermula di Checkpoint 4), peserta akan bergerak ke checkpoint seterusnya di dalam Zon Classical mengikut nombor. Contoh, 4 – 5 – 6 - 1 - 2 - 3 sehinggalah selesai semua checkpoint di Zon Classical.
Kemudian barulah peserta beralih ke Zon Lain ( Taktikal @ Hunting) dan menghabiskan semua checkpoint di dalam Zon Tersebut.
nombor kumpulan masing-masing. Cth, kumpulan 1 ke checkpoint 1.
6.8 Setiap checkpoint terletak mengikut Zon masing-masing iaitu :-
Checkpoint 1 hingga 6, Zon Classical
Checkpoint 7 hingga 13, Zon Taktikal
Checkpoint 14 hingga 20, Zon Hunting.
Setelah selesai checkpoint permulaan, (contohnya kumpulan 4 bermula di Checkpoint 4), peserta akan bergerak ke checkpoint seterusnya di dalam Zon Classical mengikut nombor. Contoh, 4 – 5 – 6 - 1 - 2 - 3 sehinggalah selesai semua checkpoint di Zon Classical.
Kemudian barulah peserta beralih ke Zon Lain ( Taktikal @ Hunting) dan menghabiskan semua checkpoint di dalam Zon Tersebut.
6.8 Peserta hanya dibenarkan mengutip anak panah setelah semua pemanah selesai memanah.
6.9 Tiada latihan rasmi (official training) disediakan.
6.10 Jarak memanah tidak akan didedahkan. Anggaran jarak adalah dari 5 meter hingga 45 meter.
6.11 Setiap kumpulan hanya boleh mula memanah apabila siren permulaan dibunyikan.
7. PERMARKAHAN
7.1 Borang permarkahan akan dipegang oleh ketua kumpulan/scorer.
7.2 Hanya perlu ditanda ‘X’ pada markah 5, 8, 10, X atau M untuk setiap anak panah.
7.3 Markah setiap checkpoint akan dijumlahkan oleh ketua kumpulan.
7.4 Kedudukan peserta ditentukan bermula jumlah markah tertinggi.
7.5 Jika terdapat sebarang percanggahan atau kekeliruan mengenai pemberian pemarkahan, sila rujuk terus kepada ketua hakim (C.o.J.). Keputusan yang diputuskan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
7.6 Peserta wajib menurunkan tandatangan pada borang permarkahan sebelum diserahkan kepada pihak juri. Peserta yang tidak tandatangan akan meyebabkan markah keseluruhannya memperoleh nilai SIFAR.
8. LARANGAN
8.1 Tidak dibenarkan menggunakan teropong yang boleh mengenalpasti jarak sasaran.
8.2 Tidak dibenarkan menggunakan aplikasi elektronik yang boleh menentukan jarak.
8.3 Peserta yang gagal mengenakan kasut, tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan.
8.4 Sebarang provokasi semasa pertandingan, adalah dilarang sama sekali. Jika berbuat demikian, peserta akan disingkirkan semerta-merta dari pertandingan.
8.5 Merokok adalah DILARANG. Jika ditangkap, markah akan didemeritkan sebanyak 20 markah.
8.6 Dilarang membuang sampah merata-rata. Sila gunakan tong sampah.
8.7 Dilarang mengambil dan merosakkan sebarang flora dan fauna yang terdapat di rimba rekreasi ini.
9. AKIBAT MELANGGAR PERATURAN
9.1 Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang tidak mengikut syarat-syarat seperti yang tertera di atas.
TERIMA KASIH
Comments
Post a Comment