PERTANDINGAN SEKOLAH 2018
PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL TERBUKA SEKOLAH-SEKOLAH KEDAH KALI KE-2
2019
2019
Pendaftaran Bakal Dibuka
TARIKH PERTANDINGAN : 13 APRIL 2019 (HARI SABTU)
Tuan Rumah : Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam
Syarat dan Peraturan, sila download di sini
https://drive.google.com/file/d/1sJqKiCsQU_r5EWyQbI2eox1f6Csdctpm/view?usp=sharing
TARIKH PERTANDINGAN : 13 APRIL 2019 (HARI SABTU)
Tuan Rumah : Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam
Syarat dan Peraturan, sila download di sini
https://drive.google.com/file/d/1sJqKiCsQU_r5EWyQbI2eox1f6Csdctpm/view?usp=sharing
SYARAT PERTANDINGAN
1.
KATEGORI & KELAYAKAN
PELAJAR
1.1.
Pertandingan ini terbahagi kepada
empat kategori iaitu :-
·
Kategori Sekolah Menengah Lelaki
(SML).
·
Kategori Sekolah Menengah Perempuan
(SMP).
·
Kategori Sekolah Rendah Lelaki
(SRL).
·
Kategori Sekolah Rendah Perempuan
(SRP).
1.2.
Had umur bagi Kategori Sekolah
Menengah adalah 13 hingga 18 tahun.
1.3.
Had umur bagi Kategori Sekolah Rendah
adalah 10 hingga 12 tahun.
1.4.
Perkiraan umur adalah dengan
mengira tahun semasa pertandingan ditolak dengan tahun lahir peserta.
1.5.
Peserta Lelaki dan Perempuan akan
bertanding di dalam kumpulan yang berasingan.
1.6.
Semua pelajar sekolah dari Negeri
Kedah yang tahu mengendalikan busur tradisional dan anak panah dengan selamat
adalah layak menyertai pertandingan.
1.7.
Ini termasuklah pelajar dari
sekolah persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah
atau mana-mana pihak yang berautoriti.
1.8.
Setiap pelajar diwajibkan mempunyai
surat kebenaran daripada waris.
1.9.
Urusan dokumentasi dan pengurusan
membawa keluar pelajar hendaklah dibawah tangunggjawab Pegawai Pasukan/Guru
Pengiring.
2.
FORMAT
PERTANDINGAN
2.1.
Setiap peserta dikehendaki untuk
memanah sebanyak 36 anak panah x 2 pusingan. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak
72 anak panah.
2.2.
Pusingan Pertama
akan dikenali sebagai Acara Statik
terdiri daripada :-
·
6
anak panah x 6 End.
·
Setiap
End diberi masa 1 minit.
·
Jarak
adalah 20 meter (Sekolah Rendah) dan 30 meter (Sekolah Menengah).
·
Menggunakan
muka sasaran jenis Selekta.
2.3.
Pusingan Kedua
akan dikenali sebagai Acara Dinamik
terdiri daripada :-
·
6
anak panah x 3 end memanah sambil berlutut (kneeling). Masa 1 minit.
·
6
anak panah x 3 end memanah pantas. Masa 30 saat.
·
Jarak
dirahsiakan daripada pengetahuan peserta (Unknown distance).
·
Menggunakan
muka sasaran Jenis 2D Rusa.
PERATURAN
PERTANDINGAN
1.
PERALATAN
PESERTA - BUSUR
1.1.
Hanya busur tradisional sahaja dibenarkan. Busur tersebut mesti mempunyai
bahagian-bahagian asas yang sesuai ditakrifkan sebagai busur iaitu pemegang (grip), limb, bow nock (tempat
letak tali pada hujung bow), dan tali (string).
Busur tersebut mesti menggunakan bahan alam semulajadi, bahan sintetik atau
campuran kedua-duanya. Tiada sebarang
bahan logam dibenarkan di mana-mana bahagian busur.
1.2.
Arrow
rest, sight, stabilizer dan/atau sebarang alatan
seumpamanya yang membantu bidikan dan kestabilan tidak dibenarkan.
1.3.
Busur tersebut mestilah bebas
daripada apa-apa penanda yang boleh membantu bidikan semasa memanah.
1.4.
Hanya satu sahaja nock point pada tali busur dibenarkan. ‘Serving’ pada tali mestilah tidak
membantu peserta membuat bidikan.
1.5.
Busur yang digunakan hendaklah berada
dalam keadaan yang baik dan selamat. Peserta akan bertanggungjawab keatas
apa-apa kemalangan keatas peserta atau orang sekeliling.
1.6.
Anak panah hendaklah menyentuh
secara langsung jari peserta. Tiada arrow
rest dan window/shelf dibenar
untuk diguna pakai bagi meletakkan anak panah.
1.7.
Busur yang digunakan hendaklah
lulus pemeriksaan peralatan semasa pendaftaran.
1.8.
Pengecualian diberikan kepada
kategori SEKOLAH RENDAH iaitu
menggunakan busur yang mempunyai bahagian window/shelf
tetapi mesti dalam rekabentuk tradisional adalah dibenarkan. Definisi window/shelf adalah tempat di mana anak
panah boleh diletakkan tetapi ia tidak berupaya untuk menyokong kedudukan anak
panah.
1.9.
Sebarang pelekat, tanda nama &
sebagainya hendaklah diletakkan di bahagian belly.
2.
PERALATAN
PESERTA - ANAK PANAH
2.1.
Untuk semua kategori, dibenarkan
untuk menggunakan anak panah daripada apa sahaja bahan kecuali plastik.
2.2.
Diameter anak panah yang digunakan
hendaklah tidak melebihi 9.3 mm dan diameter mata anak panah tidak melebihi 9.4
mm.
2.3.
Setiap anak panah yang digunakan
hendaklah seragam setiap satunya.
2.4.
Semua anak panah mestilah mempunyai
nama atau tanda pengenalan individu pada anak panah masing-masing.
2.5.
Dibenarkan menggunakan nock dari
bahan plastik, bahan alami ataupun selfnock.
2.6.
Hanya mata anak panah jenis bullet sahaja dibenarkan. Mata anak panah jenis broad head dan field
tidak dibenarkan.
2.7.
Semua anak panah mestilah berada
dalam keadaan yang baik dan selamat. Peserta adalah bertanggungjawab keatas
sebarang kerosakan dan kemalangan yang melibatkan anak panah sendiri.
2.8.
Anak panah mestilah bebas daripada
sebarang penanda yang boleh membantu bidikan dan membantu tarikan semasa
memanah.
2.9.
Anak panah yang digunakan hendaklah
lulus pemeriksaan peralatan semasa pendaftaran.
3.
PERALATAN PESERTA YANG
LAIN
3.1.
Peserta dibenarkan untuk memakai tarkas (quiver), pelindung lengan, pelindung jari atau pelindung/cincin
ibu jari.
3.2.
Binokular, teropong dan apa-apa alat elektronik dan visual
untuk melihat anak panah di papan sasaran dibenarkan dengan syarat tiada fungsi
untuk menentukan jarak dan membantu bidikan.
3.3.
Kaca mata dan kaca mata hitam dibenarkan pakai dengan syarat
tiada fungsi untuk membantu bidikan.
3.4.
Tidak dibenarkan sebarang alat elektrik dan elektronik
dibenarkan pasang pada busur dan bertujuan untuk komunikasi peserta.
4.
ARAHAN DI ARENA
PERTANDINGAN
4.1.
Peserta hendaklah mengikuti semua peraturan dan arahan
daripada pegawai pertandingan iaitu D.o.S.,
C.o.J. dan Hakim.
4.2.
Semua peserta tidak dibenarkan memasuki kawasan pertandingan
/ garisan memanah tanpa kebenaran / keizinan daripada D.O.S..
4.3.
Setiap peserta yang mengambil bahagian akan memanah bilangan
anak panah, masa dan pusingan seperti di Syarat
Pertandingan melainkan dinyatakan berbeza.
4.4.
D.o.S. akan meniupkan wisel
sebagai tanda mula memanah dan berhenti memanah. Jika terjadi sebarang masalah,
tunggu arahan seterusnya daripada D.o.S..
4.5.
Had masa untuk memanah setiap End diberikan sama rata.
·
Peserta yang melepaskan
anak panah sebelum wisel diberikan atau selepas wisel tamat berbunyi, akan
kehilangan mata tertinggi bagi End tersebut yakni mata tertinggi tersebut
ditukar kepada Miss.
·
Di dalam kes kerosakan
busur atau kecederaan, masa tambahan yang munasabah untuk menukar peralatan
atau pegawai perubatan memeriksa Peserta tersebut, akan diberikan untuk sambung
memanah pada End tersebut.
·
Peserta yang mengalami
kerosakan busur perlu berundur dari garisan memanah dan memanggil hakim dengan
cara angkat tangan.
4.6.
Peserta tidak dibenarkan untuk melakukan teknik ‘Sky draw’, teknik ‘Side draw’ dan/atau “not in sequence act” semasa
sedang memanah sebagai langkah pencegahan bagi memastikan anak panah tidak
terlepas jauh daripada zon penampan atau membahayakan orang lain.
4.7.
Peserta tidak dibenarkan mengangkat bow arm sebelum wisel mula dibunyikan.
4.8.
Anak panah boleh dipanah semula jika :-
·
Anak panah tersebut
terjatuh atau terlepas daripada busur dalam jangkauan 3 meter dari garisan
memanah, peserta tersebut boleh mengutip semula jika keadaan mengizinkan dan
memanah anak panah tersebut.
·
Papan sasaran dan kaki
tumbang atau mengalami kerosakan. D.O.S. akan memberikan masa yang munasabah
untuk sambung memanah semula.
4.9.
Peserta atau pelawat tidak dibenarkan untuk menyentuh
peralatan peserta-peserta lain tanpa keizinan pemiliknya. Sebarang kerosakan
adalah tanggungjawab pelaku tersebut.
4.10.
Tidak dibenarkan merokok termasuk rokok elektronik di arena
pertandingan dan kawasan menunggu.
4.11.
Tiada peserta di benarkan menarik tali busur sama ada dengan
anak panah atau tanpa anak panah, di mana mana kawasan pertandingan kecuali
garisan memanah.
4.12.
Semasa berada di garisan memanah, peserta dilarang untuk menarik tali busur
sehinggalah wisel untuk memulakan panahan diberikan.
4.13.
Peserta yang gagal menghadirkan diri di garisan memanah atau
tanpa pengetahuan D.o.S. semasa
dipanggil tidak dibenarkan untuk mengulangi End tersebut.
4.14.
Peserta tidak dibenarkan untuk menukar kedudukan lorong
memanah, giliran memanah, kumpulan memanah dan nombor pendaftaran tanpa
pengetahuan D.o.S. Jika berlaku
seperti itu, markah penuh peserta akan ditolak sebanyak 10 markah.
4.15.
Sebarang cara memanah dinamik seperti melompat, berguling
atau sebarang teknik memanah yang merbahaya adalah dilarang demi keselamatan
sekeliling.
4.16.
Jika sesi memanah tersebut terhenti atas sebab di luar
kawalan manusia maka :-
·
D.o.S. akan memaklumkan
kepada Jawatankuasa Penganjur mengenai perkara tersebut dan bersama-sama
C.o.J., Jawatankuasa akan membuat keputusan terbaik dan memaklumkan kepada
peserta dan pegawai pasukan mengenai keputusan yang diambil.
·
Keputusan Jawatankuasa
Penganjur dalam hal ini adalah muktamad.
4.17.
Semasa menunggu giliran memanah, tiada siapa dibenarkan untuk
melakukan latihan memanah dimana-mana kawasan sebagai langkah keselamatan.
5.
PERATURAN KESELAMATAN UMUM
5.1.
Peserta, jurulatih, pegawai pasukan atau pelawat tidak
dibenarkan bergurau senda, berlari-larian atau melakukan aksi yang boleh
mengundang bahaya kepada orang-orang disekitarnya.
5.2.
Peserta dan pelawat dikehendaki mengamalkan langkah-langkah
keselamatan dan menunjukkan tingkah laku yang baik sepanjang berada di kawasan
pertandingan.
5.3.
Peserta dikehendaki memastikan keselamatan peralatan,
barangan peribadi dan sekitar sepanjang pertandingan berlangsung.
5.4.
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab kepada sebarang
kecederaan, kehilangan atau kemalangan yang terjadi ketika berlaku pelanggaran
sebarang peraturan atau arahan yang telah ditetapkan. Pegawai keselamatan dan
pegawai perubatan disediakan jika ada sebarang masalah.
5.5.
Peraturan umum lain akan dikeluarkan dari semasa ke semasa
oleh Jawatankuasa Penganjur.
6.
LATIHAN RASMI
6.1.
Sesi latihan rasmi akan diberikan oleh penganjur sebelum
bermulanya acara sebenar.
6.2.
Jumlah End latihan rasmi yang diberikan adalah mengikut budi
bicara D.o.S.
7.
PEMARKAHAN
7.1.
Hanya Peserta, Pencatat markah, dan Hakim sahaja dibenarkan
berada di papan sasaran ketika proses mengambil markah.
7.2.
Peserta yang berada di lorong berlainan, tidak dibenarkan
masuk dan berada di lorong dan papan sasaran yang lain ketika proses mengambil
markah.
7.3.
Peserta hendaklah melengkapkan semua informasi pada borang
pemarkahan. Pencatat markah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keciciran
informasi.
7.4.
Peserta boleh menjadi pencatat markah jika terdapat lebih
dari seorang peserta pada papan sasaran. Tiga orang atlit akan melantik seorang
pencatat markah dan bergilir jika perlu.
7.5.
Peserta hendaklah memastikan semua markah bagi setiap anak
panah direkodkan oleh pencatat markah pada borang markah sebelum menarik keluar
anak panah dari papan sasaran.
7.6.
Jika terdapat sebarang soalan dan pertikaian mengenai nilai
markah, peserta hendaklah mengangkat tangan dan memanggil hakim.
7.7.
Kaedah penentuan dan pemberian nilai markah bagi setiap anak
panah :-
·
Nilai
yang boleh dicatatkan di dalam borang markah adalah 1, 2, 3, 4, 5, X dan Miss
(M) sahaja.
·
Anak
panah melekat pada zon muka sasaran, diberikan markah mengikut zon markah yang
berkenaan.
·
Anak
panah melekat pada garisan pembahagi zon markah, markah yang nilai lebih besar
akan diberikan.
·
Anak
panah patah dan melekat, markah diberikan mengikut zon markah yang melekat.
·
Anak
panah yang dipanah dan melekat pada sasaran setelah tamat masa, markah Miss dan
mata tertinggi End tersebut di tolak.
·
Anak
panah tidak kena pada sasaran atau terkeluar target face atau melantun/tidak
melekat, markah Miss.
·
Jika
peserta terlepas anak panah ketika sedang pasang, dan anak panah itu tidak
melebihi 3 meter, peserta boleh kutip dan memanah anak panah yang sama. Jika
melepas melebihi 3 meter, anak panah itu dikira Miss.
·
Anak
panah berlaku situasi “robin hood”, nilai markah anak panah di depan diberikan
untuk anak panah belakang.
·
Anak
panah yang menembusi target butt, jika Hakim berpuas hati terhadap tandaan pada
lubang, akan diberikan markah. Jika tiada, markah terendah peserta pada End
tersebut akan diberikan.
·
Jika
didapati anak panah yang melekat melebihi bilangan bilah yang dibenarkan, hanya
6 anak panah markah terendah akan direkodkan. Atlit yang mengulangi kesalahan
ini akan disingkirkan daripada pertandingan.
·
Anak
panah yang melekat di papan sasaran tetapi tenggelam, hanya boleh diberikan markah
oleh Hakim.
·
Anak
panah yang melekat di papan sasaran peserta lain akan diberi Miss.
7.8.
Peserta dikehendaki menurunkan tanda tangan pada borang
markah bagi mengesahkan markah yang diperolehi selepas selesai pusingan memanah
bagi acara tersebut.
7.9.
Jika pencatat markah adalah atlit sendiri, peserta lain di
papan sasaran yang sama akan menurunkan tandatangan sebagai pencatat markah
bagi peserta itu tadi.
7.10.
Jika seseorang Peserta itu didapati menipu dan memanipulasi
markah, penyertaannya akan dibatalkan daripada pertandingan dan tidak akan
dibenarkan menyertai pertandingan pada siri akan datang.
7.11.
D.o.S. memastikan tiada anak
panah yang melekat di papan sasaran sebelum memulakan End yang berikutnya.
7.12.
Jawatankuasa Pertandingan & Pemarkahan berhak untuk
menolak borang markah yang tidak lengkap dan tidak ditandatangan.
·
Setelah peserta
menandatangani borang markah, nilai di dalam borang markah adalah muktamad dan
tidak boleh diubah.
·
Sebarang kesalahan dan
pembetulan hendaklah dilakukan oleh peserta sendiri sebelum menandatangan dan
menyerahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan & Pemarkahan.
·
Pembetulan selepas
manandatangai dan menyerahkan kepada jawatankuasa adalah tidak dilayan.
7.13.
Jika berlakunya markah seri,turutan berikut hendaklah
dipatuhi :-
·
Nilai markah X yang lebih
banyak.
·
Nilai markah 5 yang lebih
banyak.
·
Shoot-out sebanyak 1
batang anak panah. Mata tertinggi dikira pemenang.
·
Jarak anak panah dengan
titik tengah.
8.
PERATURAN PAKAIAN
8.1.
Peserta dikehendaki memakai pakaian pahlawan tradisional yang
melambangkan kebudayaan Negara Malaysia.
8.2.
Pakaian sukan dibenarkan dengan pemakaian yang beradab.
Seluar pendek, singlet, pakaian yang menjolok mata dan seumpamanya tidak
dibenarkan.
8.3.
Pakaian peserta bagi pasukan yang sama hendaklah seragam setiap satunya.
8.4.
Sebarang aksesori pada pakaian hendaklah tidak mendatangkan
kecederaan kepada peserta dan orang sekitarnya.
8.5.
Tidak dibenarkan memakai selipar atau sandal atau capal
semasa tempoh memanah.
8.6.
Semua Peserta DIWAJIBKAN
memakai KASUT BERTUTUP. Kegagalan
memakai kasut akan menyebabkan peserta dihalang daripada memasuki garisan
memanah sehinggalah pembetulan dilakukan.
9.
SOALAN DAN BANTAHAN
9.1.
Peserta pada papan sasaran boleh memanggil Hakim dengan cara
mengangkat tangan jika ada sebarang kemusyiklan terhadap nilai markah yang
perlu diberi pada anak panah yang meragukan. Keputusan hakim terhadap pemberian
markah adalah muktamad.
9.2.
Peserta atau Pegawai Pasukan boleh menyatakan bantahan
terhadap senarai markah penuh yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pertandingan
& Pemarkahan jika hanya didapati jawatankuasa tersilap memasukkan nilai
markah anak panah berbeza daripada markah yang dicatatkan di dalam borang
markah. Tempoh bantahan adalah 15 minit dari masa yang dikeluarkan.
10.
PEGAWAI PASUKAN
10.1.
Pegawai Pasukan terdiri daripada individu yang
bertanggungjawab menguruskan pasukan peserta yang hadir bertanding.
10.2.
Boleh terdiri daripada Guru Penasihat, Ibu Bapa atau
Jurulatih.
10.3.
Pegawai Pasukan yang berdaftar di dalam borang pendaftaran bertanggungjawab
:-
·
Menyerahkan borang dan
yuran penyertaan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
·
Membuat pendaftaran di
meja pendaftaran yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
·
Menemani peserta untuk
membuat pemeriksaan peralatan.
·
Berhubung dengan
Jawatankuasa Penganjur, Hakim dan Jawatankuasa Rayuan berkaitan dengan
pertandingan.
·
Bersedia untuk dipanggil
oleh Hakim jika berlaku pelanggaran peraturan peserta jagaan masing-masing.
10.4.
Pegawai Pasukan tidak dibenarkan berada di garisan memanah
dan garisan menunggu. Sebaliknya dikehendaki berada di kawasan yang dikhaskan
kepada pegawai pasukan.
11.
AKIBAT MELANGGAR PERATURAN
11.1.
Amaran kali pertama (kad
kuning).
·
Menarik tali busur, dengan
atau tanpa anak panah, selain di garisan memanah. Lihat Fasal 4.11.
·
Mengangkat bow arm sebelum
wisel dibunyikan. Lihat Fasal 4.7.
·
Peserta memanah anak panah
melebihi daripada syarat yang dibenarkan. Lihat
Fasal 7.8.
·
Peserta didapati
menggunakan teknik yang berbahaya. Lihat Fasal 4.6 & Fasal 4.15.
·
Peserta yang
tingkahlakunya didapati oleh Hakim tidak menunjukkan sikap ahli
sukan/sportsmanship, bertindak kasar kepada pegawai kejohanan, mengeluarkan
kata-kata kesat dan perbuatan yang sama erti dengannya.
·
Peserta didapati menggangu
peserta lain dalam apa jua bentuk, fizikal atau lisan, ketika memanah atau
tidak.
·
Peserta didapati mencabut
anak panah peserta lain.
11.2.
Disingkirkan daripada pertandingan kerana amaran kedua (kad kuning kedua) atau kesalahan berat (kad merah).
·
Peserta yang didapati
telah diberikan amaran pertama seperti di Fasal 11.1, mengulanginya lagi
sekali, akan disingkirkan daripada pertandingan.
·
Peserta melanggar
peraturan peralatan memanah yang dibenarkan setelah diminta melakukan
pembetulan semasa pemeriksaan peralatan. Lihat Fasal 1, Fasal 2, & Fasal 3.
·
Didapati menipu dan
memanipulasi markah. Lihat Fasal 7.11.
·
Didapati merokok termasuk
rokok eletronik. Lihat Fasal 4.10.
11.3.
Dihalang daripada meneruskan memanah dan/atau memasuki
garisan memanah melainkan pembetulan sudah dibuat.
·
Tidak memakai kasut
bertutup. Lihat Fasal 8.6.
·
Tidak menggunakan anak
panah yang seragam dan mempunyai tanda nama. Lihat Fasal 2.3.
·
Mereka yang dihalang tidak
dibenarkan mengulangi End tersebut jika terlepas.
11.4.
Hanya Chief of Judge
dan Director of Shooting merupakan
pegawai pertandingan yang diberi kuasa untuk, menghalang peserta daripada
meneruskan pertandingan dan/atau memberi amaran pertama dan/atau menyingkirkan
daripada pertandingan, mana-mana peserta yang didapati melanggar mana-mana
peruntukan dalam syarat dan peraturan di atas setelah mereka berpuas hati peserta
didapati berbuat demikian sehingga layak dikenakan tindakan tersebut.
11.5.
Peserta juga boleh dipotong markah jika melanggar beberapa
peraturan di dalam buku ini. Lihat Fasal
4.5 & Fasal 4.14.
12.
RAYUAN
12.1.
Pegawai Pasukan boleh membuat rayuan apabila tidak berpuas
hati terhadap keputusan yang dijatuhkan oleh D.o.S. atau C.o.J. pada Fasal 11.2.
12.2.
Sebarang rayuan terhadap keputusan
hakim hendaklah dibuat secara bertulis 15 minit sebelum berakhirnya
pusingan tersebut.
12.3.
Semua keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad.
12.4.
Sebarang rayuan hendaklah
disertakan dengan bayaran sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus
Sahaja).
12.5.
Wang rayuan tidak dikembalikan.
12.6.
Keputusan rayuan hendaklah
disampaikan secara bertulis kepada Pegawai Pasukan perayu.
13. PEMERIKSAAN PERALATAN
13.1.
Setiap peserta diwajibkan membuat
pemeriksaan alatan dengan pihak Jawatankuasa Kehakiman sebelum bermulanya
pertandingan.
13.2.
Semua peralatan yang digunakan
hendaklah diperiksa termasuk busur dan anak panah tambahan yang akan digunakan
jika peralatan utama mengalami kerosakan.
13.3.
Hakim boleh meminta peserta untuk
mengubahsuai atau menukar peralatan jika didapati melanggar peraturan mengenai
peralatan memanah seperti mana Fasal 1,
Fasal 2, dan Fasal 3.
Disediakan oleh:
Panel
Kehakiman, Unit Pertandingan, Kelab Memanah Darulaman (PJS 7850/2015)
Comments
Post a Comment